Wednesday 14 April 2010

Tips untuk memilih laptop / notebook..

Notebook yang canggih dan murah mungkin menjadi impian bagi ramai orang. Namun sebenarnya jika poket anda terbatas, anda perlu mengenali terlebih dahulu keinginan anda. Hal ini sangatlah penting kerana, yang penting dalam membeli laptop atau notebook, adalah performance & spesifikasi yang sesuai dengan lingkungan kerja anda setiap hari.

1. Prossessor
Banyak prossessor dipasaran seperti Core Duo atau Celeron. Jika anda tidak terlalu sering menggunakan laptop, Celeron sudah cukup. Jika anda seorang graphic designer, prossessor Core 2 Duo layak anda pilih.

2. Memory & Hard Disk
Memory dan Hard Disk sangat dipengaruhi oleh lingkungan kerja anda. Sekiranya anda seorang graphic designer, kapasiti memory (RAM) yang diperlukan adalah tinggi setidak-tidaknya 2GB. Untuk Hard disk, sebaiknya sebesar-besarnya. Namun jika duit anda terhad, usahakan untuk menggunakan kapasiti standard sahaja.

3. Connection
Seiring dengan peredaran masa, WiFi, port USB, port LAN serta Bluetooth adalah connection wajib yang seharusnya ada di laptop anda. Infra merah, tidak wajib kerana saat ini pun jarang digunakan.

4. Media penyimpanan
CD Writer wajib ada di laptop anda kerana anda boleh mengatasi keterbatasan hard disk laptop anda. Jika ada combo untuk DVD writer akan lebih baik.

No comments:

Post a Comment