Tuesday 21 September 2010

Selamat Hari raya, Maaf Zahir Batin

Salam Aidilfitri kepada semua warga SMKIS...

PC Tablet - IPad


Pernahkah anda terfikir untuk berinteraksi atau menggunakan komputer tanpa menggunakan langsung peralatan keyboard & mouse? Percaya ataupun tidak, revolusi & perkembangan teknologi IT kini telah membolehkan situasi tersebut berlaku.
Tahun 2010, sekali lagi syarikat gergasi perkomputeran Apple Inctelah menggemparkan dunia dengan pengenalan produk terbarunya iaitu Apple iPad dan dikatakan bakal membawakan trend & persekitaran baru dalam cara kita berkomputer.
iPad merupakan produk pc tablet yg julung dihasilkan dalam kelasnya tersendiri dan berjaya terjual sebanyak 300,000 unit hanya pada hari pertama dipasarkan di US. Ini sekaligus membuka mata kepada pengeluar dan pemain komputer utama dunia seperti Microsoft, Google, HP, Dell, Asus, Acer dan sebagainya dalam penghasilan produk PC Tablet di pasaran komputer di masa akan datang.