Thursday, 13 May 2010

HACKER @ CRACKER??

Hacker selalunya diberi tanggapan buruk oleh masyarakat luar.. Ada juga sekelompok manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai Hacker walhal mereka sebenarnya adalah Cracker. Hacker adalah sekumpulan atau beberapa kelompok yang bertujuan untuk mengembangkan ilmu pengengetahuan danberkongsi maklumat bebas tanpa batasan. Hacker adalah seseorang yang tertarik untuk mengetahui secara mendalam mengenai kerja atau sistem komputer atau jaringan komputer. Mereka terdiri dari para programmer yang mahir dalam networking. Mereka jugalah yang membantu untuk membangunkan Internet suatu masa dahulu.

Istilah Hacker lahir pada sekitar tahun 1959 dari MIT (Massacusetts Institute of Technology), sebuah universiti di Amerika yang terdiri dari orang-orang cendiakawan namun cenderung tidak mempercayai akan adanya Tuhan (Atheis). Daripada saat itulah bermulanya ruangan baru, iaitu "EAM room" pada Building 26 MIT, sebuah tempat yang merupakan nenek moyang dari "dunia baru" yang kini kita kenali sebagai "komputer". Ia adalah sebuah mesin yang mampu membawa kita menuju kelebihbaikan dengan kebebasan informasi iaitu dunia para Hacker tersebut.

Para Hacker akan bekerjasama secara sukarela menyelesaikan masalah dan membangunkan sesuatu. Mereka selalu berkongsi informasi, memberi jawapan serta berusaha untuk berbuat yang terbaik agar dihormati di dalam lingkungannya. Mereka tidak pernah berhenti belajar dan dan anti untuk melakukan sesuatu berulang-ulang dan membosankan. Mereka berpandukan pada kata-kata bijak: “Untuk mengikuti jalan - pandanglah sang ahli - ikuti sang ahli - berjalan bersama sang ahli - kenali sang ahli -jadilah sang ahli ”.

Sementara itu, para Cracker sibuk untuk memuaskan diri mereka dengan aktiviti Cracking. Mulai dari menggodam komputer, menyebar virus (tanpa tujuan - beberapa Hacker ada yang menulis virus namun dengan tujuan yang jelas), hingga mengakali telefon (Phreaking). Para Hacker menyebut mereka (Craker) sebagai orang malas yang tidak bertanggung jawab. Jadi, sangat tidak adil jika kita tetap menganggap bahwa Hacker itu jahat kerana sangat jelas bahawa Hacker bersifat membangun sementara Cracker bersifat membongkar.

Ingin jadi seorang Hacker?? Tidak ada resepi yang khusus bagi mereka yang ingin belajar. Untuk menjadi seorang Hacker anda harus menguasai beberapa bahasa pengaturcaraan dan mempunyai inisiatif untuk berada di dalam lingkungan para Hackers. Biasanya calon Hacker akan bermula dengan belajar bahasa [Python] kerana bahasa ini tergolong dalam bahasa pengaturcaraan yang termudah. Info bahasa ini boleh di dapati di www.python.org. Setelah itu anda juga harus menguasai [java] yang sedikit lebih sukar akan tetapi menghasilkan kod yang lebih cepat dari Python, [C], [C++] yang menjadi inti dari UNIX, dan [Perl] (www.perl.com) serta [LISP] untuk ke tahap yang seterusnya.

Setelah menguasai semua kemampuan dasar di atas, calon Hacker disarankan untuk membuka salah satu versi UNIX open-source atau mempelajari LINUX, membaca kod nya, mereka bentuk dan menjalankannya kembali. Jika mengalami kesukaran, adalah disarankan untuk berkomunikasi dengan club pengguna Linux Committe Linux
Fakta menarik seorang Hacker adalah di mana mereka saling berganding bahu dalam menyelesaikan sebuah masalah dan membangunkan sesuatu. Tetapi sayangnya, kehidupan mereka yang hampir 90% waktunya dihabiskan untuk aktiviti Hacking bukanlah suatu yang baik. Kalau memang benar-benar ingin menjadi Hacker, jadilah seorang Hacker yang baik dengan memanfaatkan ICT untuk ke arah menjadikan Malaysia negara maju seiring dengan peredaran global.

Jenis-jenis Virus

VIRUS MAKRO
Virus ini ditulis dengan bahasa program dari suatu aplikasi bukan dengan bahasa program dari satu Operating System. Virus ini menyerang apabila aplikasi pembentuknya dapat berjalan dengan baik, maksudnya jika pada komputer Mac dapat menjalankan aplikasi Word maka virus ini bekerja pada komputer bersistem operasi Mac, contoh virus:
  • variant W97M, misal W97M.Panther, panjang 1234 bytes, akan menginfeksi NORMAL.DOT dan menginfeksi dokumen apabila dibuka.
  • WM.Twno.A;TW :: 41984 bytes, akan menginfeksi Dokumen Ms. Word yang menggunakan bahasa makro, biasanya berekstensi *.DOT dan *.DOC

VIRUS BOOT SECTOR
Virus ini dalam menggandakan dirinya, ia juga akan memindahkan atau menggantikan boot sector asli dengan program booting virus. Sehingga saat terjadi booting maka virus akan dipindahkan ke memori dan virus ini akan mempunyai kemampuan mengendalikan hardware sendiri (contohnya monitor, printer dsb) dan dari memori ini pula,virus akan menyebar ke seluruh drive yang ada seperti floopy, cd rom dll selain hard disk c:/. Contoh virus:
  • varian virus wyx (contoh: wyx.C(B) menginfeksi boot record & floopy ; panjang :520 bytes; karakteristik: memory resident dan transkripsi)
  • varian V-sign : menginfeksi : Master boot record ; panjang 520 bytes; karakteristik: menetap di memori (memory resident), transkripsi, dan polymorphic)
  • Stoned.june 4th/ bloody!: menginfeksi : Master boot record dan floopy; panjang 520 bytes; karakteristik: menetap di memori (memory resident), transkripsi dan memaparkan popup "Bloody!june 4th 1989" setelah komputer melakukan booting sebanyak 128 kali.
STEALTH VIRUS
Virus ini akan menguasai table-table interupt pada DOS yang dikenali sebagai "Interrupt interceptor". Virus ini berkemampuan untuk mengendaikan arahan-arahan level DOS dan biasanya mereka tersembunyi . Contoh virus:
  • Yankee.XPEH.4928, menginfeksi file *.COM dan *.EXE ; panjang 4298 bytes; karakteristik: menetap di memori, ukuran tersembunyi, memiliki pemicu
  • WXYC, menginfeksi floopy dan motherboot record; panjang 520 bytes; menetap di memori; ukuran dan virus tersembunyi.
  • Vmem(s), menginfeksi file file *.EXE, *.SYS, dan *.COM ; panjang fie 3275 bytes; karakteristik: menetap di memori, ukuran tersembunyi & diinkripsi.
POLYMORPHIC VIRUS
Virus ini dirancang untuk menceroboh program antivirus, ertinya virus ini selalu berusaha agar tidak dikenali oleh antivirus dengan merubah strukturnya setiap kali selesai menginfeksi file/program lain. Contoh virus:
  • Necropolis A/B, menginfeksi file *.EXE dan *.COM; panjang file 1963 bytes; karakteristik: menetap di memori, ukuran dan virus tesembunyi, transkripsi dan boleh mengubah struktur.
  • Nightfall, menginfeksi file *.EXE; panjang file 4554 bytes; karakteristik: menetap di memori, ukuran dan virus tesembunyi, memiliki pemicu, transkripsi dan boleh mengubah struktur.
VIRUS FILE/PROGRAM
Virus ini menginfeksi file-file yang dapat dieksekusi langsung dari sistem operasi, tidak kira file application (*.EXE), ataupun *.COm biasanya juga hasil infeksi dari virus ini dapat diketahui dengan berubahnya ukuran file yang diserangnya.

MULTI PARTITION VIRUS
Virus ini merupakan gabungan dari Virus Boot Sector dan Virus File: maksudnya serangan virus ini akan mengakibatkan 2 masalah iaitu ia dapat menginfeksi file-file *.EXE dan juga menginfeksi Boot Sector.

Wednesday, 14 April 2010

Tips untuk memilih laptop / notebook..

Notebook yang canggih dan murah mungkin menjadi impian bagi ramai orang. Namun sebenarnya jika poket anda terbatas, anda perlu mengenali terlebih dahulu keinginan anda. Hal ini sangatlah penting kerana, yang penting dalam membeli laptop atau notebook, adalah performance & spesifikasi yang sesuai dengan lingkungan kerja anda setiap hari.

1. Prossessor
Banyak prossessor dipasaran seperti Core Duo atau Celeron. Jika anda tidak terlalu sering menggunakan laptop, Celeron sudah cukup. Jika anda seorang graphic designer, prossessor Core 2 Duo layak anda pilih.

2. Memory & Hard Disk
Memory dan Hard Disk sangat dipengaruhi oleh lingkungan kerja anda. Sekiranya anda seorang graphic designer, kapasiti memory (RAM) yang diperlukan adalah tinggi setidak-tidaknya 2GB. Untuk Hard disk, sebaiknya sebesar-besarnya. Namun jika duit anda terhad, usahakan untuk menggunakan kapasiti standard sahaja.

3. Connection
Seiring dengan peredaran masa, WiFi, port USB, port LAN serta Bluetooth adalah connection wajib yang seharusnya ada di laptop anda. Infra merah, tidak wajib kerana saat ini pun jarang digunakan.

4. Media penyimpanan
CD Writer wajib ada di laptop anda kerana anda boleh mengatasi keterbatasan hard disk laptop anda. Jika ada combo untuk DVD writer akan lebih baik.

Hari Melaka Bandaraya Bersejarah...













Esok 15hb April 2010... hari ulangtahun Melaka Bandaraya Bersejarah.. Adakah kita semua tahu sejarah bagaimana Melaka terbentuk hinggalah mendapat gelaran Bandaraya Bersejarah...?

Ianya bermula begini...

Sejarah awal Malaysia bermula dengan sejarah Melaka. Lama sebelum kebangkitan negeri-negeri di Malaysia, Melaka telah bangkit dengan kegemilangannya bermula pada kurun ke-14.

Melaka menjadi peneraju pusat perdagangan yang menarik ramai para pedagang yang datang bukan sahaja dari rantau ini malah juga dari India, China, Eropah dan Timur Tengah. Melaka telah menjadi pusat perdagangan rempah dunia. Statusnya sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang terkenal ekoran kedudukannya yang strategik di laluan Selat Melaka tempat pertemuan angin monsun.

Sehingga hari ini Selat Melaka masih menjadi laluan perjalanan kapal yang tersibuk di dunia. Negeri Melaka merangkumi keluasan kawasan 1,650 km persegi atau 1.3 peratus dari keseluruhan keluasan Malaysia. Negeri ini dibahagikan kepada tiga buah daerah iaitu Melaka Tengah (314 km persegi), Alor Gajah (660 km persegi) dan Jasin (676 km persegi).

Pada 15 April 1989 bandar Melaka telah diisytiharkan sebagai 'Bandaraya Bersejarah' dan secara rasminya bergelar 'Melaka Bandaraya Bersejarah.' Status sebagai 'Bandaraya Bersejarah sememangnya amat sesuai dan layak untuk Melaka.

Tiada bandar di negara dan juga rantau ini yang mempunyai pengaruh yang sangat kukuh dari segi pembangunan politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial negara seperti Melaka di rantau ini. Sejak pembukaannya, Melaka merupakan yang pertama dalam segala aspek.

Negeri ini merupakan pelabuhan antarabangsa pertama di rantau ini; negeri ini mewujudkan Kesultanan Melaka yang secara tidak langsung telah mewujudkan Kesultanan di negeri-negeri lain di Malaysia. Melaka juga memainkan peranan utama dalam penyebaran agama Islam di rantau sebelah sini. Kepentingan komersial dan kedudukannya yang strategik telah menarik minat orang Eropah untuk hadir ke rantau ini yang seterusnya telah mengubah corak sejarah perkembangannya.

Kewujudan masyarakat yang dikenali sebagai 'Peranakan' dan 'Chitty' merupakan hasil kejayaan Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa yang menarik perhatian para pedagang China dan India. Masyarakat 'Peranakan'ini merupakan waris daripada para pedagang China manakala 'Chitty' waris pedagang India yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan dan menjadikan Melaka tempat mereka bermastautin.

Sejarah awal Melaka telah menjadikan Melaka sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai kaum, agama dan kebudayaan. Tidak dapat dinafikan menjadi satu kebanggaan bahawa Melaka merupakan satu contoh terbaik mengenai keharmonian masyarakat majmuk. Populasi negeri Melaka hampir setengah juta dan terdiri daripada Melayu, China, India, pewaris Portugis, Belanda, Inggeris dan golongan Peranakan dan Chitty. Masjid tertua, tokong tertua, kuil tertua semuanya terdapat di Melaka yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Malah, gereja yang tertua di Malaysia juga terletak di Melaka.

Sebuah bukit yang dinamakan Bukit Cina merupakan lambang hubungan baik antara kerajaan China dengan negeri Melaka. Malah di sini juga dikatakan merupakan satu-satunya tanah perkuburan Cina terbesar yang terletak di luar Tanah Besar China. Hari ini, Melaka merupakan salah sebuah negeri yang paling pesat membangun dalam Malaysia. Ia telah memainkan peranan utama dalam industri pelancongan negara.

Sejarahnya yang panjang dan menarik telah meningkatkan minat dan tinggalan-tinggalan bangunan serta artifak sejarah telah menarik minat lebih ramai pelawat dan intelektual. Melaka juga sangat pesat membangun dalam sektor pembuatan dan industri. Lokasi, infrastruktur, kemudahan rekreasi, serta kemudahan sumber buruh mahir serta kerajaan yang efisyen diterajui oleh para pemimpin yang progresif telah membawa Melaka sangat menarik kepada para pelabur luar dan dalam negara. Melaka berwawasan untuk menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2010.

Segala projek dan program telah dirancang dan dilaksanakan adalah berasaskan wawasan ini. Pembangunan industri pelancongan menjadi teraju utama dalam pembangunan keseluruhan negeri Melaka dan semuanya dilakukan dalam menjadikan Melaka sebuah tempat percutian yang memberi kepuasan dan pengalaman terbaik.

Bandaraya Bersejarah Melaka berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).

Thursday, 8 April 2010

Welcome Guys...

Salam, blog ini adalah blog Pusat Akses SMKIS yang julung-julung kali dibina. Kindly put your encouraging comments to help Mods make this blog interesting & useful to all ya.. ;) TQ!